Go Genting - Lawatan Tahun 2012
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Genting Highland merupakan tempat percutian kegemaran anak-anak. Bukan sahaja permainan yang banyak tetapi suasana yang sejuk dan nyaman membuatkan ramai yang suka dan selesa. Walapun kos agak banyak bila ke Genting tetapi berbaloi-baloi. Hehehe
|
Baby Auni nak naik spiderman tu?
|
Untuk tahun 2012, ini baru kali pertama kami ke Genting Highland. Pengalaman pertama buat Baby Auni juga. Bukan main seronok Baby Auni ke Genting Highland. Bukan kerana permainan tetapi suasana sejuk sampai 3 kali Baby Auni tertidur. Hehehe
Kami ke Genting Highland bukan dirancang. Pada hari Raya Aidiladha ke 3, Mrs Sop ajak berjalan dan dengan spontan semua hendak ke Genting Highland. Lagipun dari Kuala Lumpur, sekejab sahaja sudah boleh sampai bukan?
Selepas sarapan, kami terus ke Genting Highland. Pengunjung agak ramai kerana hari cuti. Pelancong pun kelihatan ramai terutama pelancong dari tanah Arab. Kami hanya masuk ke Taman Tema Luar menggunakan Pakej Keluarga iaitu Rm153 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Baby Auni masih kecil dan tidak dikenakan tiket. Selepas Baby Auni besar, tidak boleh lagi mendapatkan pakej famili nampaknya. Hehehe
Cuaca sangat baik dan tidak terlalu sejuk pada tengah hari tersebut. Cuma pada sebelah petang, kabus kembali tebal dan cuaca bertambah sejuk. Walaupun ke Taman Tema Luar, tidak semua permainan yang kami main. Hanya meraikan anak-anak. Macam Sop langsung tidak bermain sendiri kecuali menemani anak-anak. Hehehe Paling penting, anak-anak gembira kita pun turut gembira, bukan?
Jom layan gambar aktiviti di Genting Highland:
|
Sedia untuk bermain :) |
|
Dah macam pakai tudung,,, hehehhe |
|
Kereta wajib naik.. hehehe |
|
Yey! Dapat main,... |
|
Tak habis dengan peace.. hehehe |
|
Sejuk ke Baby Auni? |
|
Tak....! Hehehe |
|
Gaya peace lagi...! |
|
Sedapnya makan meggi kat Genting |
|
Baby Auni suka dengan sejuk! |
|
Ni datang Genting ke nak bertinju? |
|
Habis dah ronda? |
Nota kaki: Tiada pun gambar Sop? Itulah jurugambar, sentiasa tiada gambar, Hehehe
EmoticonEmoticon