30 November 2012

Baby Auni duduk dalam baby chair

Baca Juga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni telah menjangkau umur 7 bulan lebih sekarang. Banyak perkembangan yang telah Baby Auni lalui selain boleh berdiri dan berjalan sepanjang katil dengan berpegang. Sekali sekala Baby Auni lepaskan tangan dan cuna untuk berdiri tanpa berpegang.

Baby Auni telah boleh duduk dengan sendiri dan tidak lagi terbalik ke belakang. Malah Baby Auni telah boleh duduk dalam baby chair. Jika sebelum ini hanya duduk sebentar-sebentar sahaja dan kami tidak biarkan lama takut sakit belakang.

Sekarang ini Baby Auni boleh duduk dengan baik tetapi perlu bagi sesuatu untuk pastikan Baby Auni duduk diam. Jika tidak Baby Auni akan bising hendak capai sesuatu atau turun dari baby chair.

Bila boleh duduk dalam baby chair, bolehlah kami makan dengan selesa sedikit kerana tidak perlu pegang Baby Auni. Cuma bila bermain dengan sudu atau mangkuk, berdetum detum apabila ia jatuh. Hehehe

Diharapkan Baby Auni akan boleh berjalan cepat. Tidak sabar hendak ajak lumba lari. Hehehe

2 comments:

  1. Semoga ia lebih berusaha....memudahkan kamu berdua...in sya allah !weee

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon