09 October 2012

Pensonic table top grill

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Teknologi sentiasa berkembang untuk memudahkan manusia. Setiap masa ada sesuatu alatan yang dicipta dan sangat membantu.

Hari ini Sop ingin berkongsi pemanggang elektrik yang membantu Sop memanggang makanan seperti daging dan makanan laut. Sebelum ini, kami menggunakan kuali pemanggang yang memerlukan penggunaan dapur. Apabila melihat pemanggang elektrik lebih memudahkan, Mrs Sop telah beli satu untuk penggunaan di rumah.

Ternyata penggunaan Pensonic Table Top Grill sangat memudahkan. Ahad lepas diadakan sedikt makan-makan di rumah sempena sambutan ulang tahun kelahiran bapa mertua Sop. Beberapa menu panggang telah dibuat seperti daging kambing, ayam, udang, hot dog dan sotong.

Proses memanggang sangat mudah kerana tahap kepanasan boleh dikawal automatik (penyelaras) dan mempunyai penutup untuk masakan lebih sempurna. Tadahan minyak disediakan di bawah alat pemanggang untuk menadah minyak yang keluar dari daging.

Table Top Grill ini juga compak dan boleh diletak mana-mana sahaja (Tidak semestinya di dapur). Sop terus letak atas meja makan! Hehehe

Harga untuk Pensonic Table Top Grill ialah RM159.90 dan boleh didapati kedai barangan elektrik atau pasar raya.







EmoticonEmoticon