01 October 2012

Layu selepas 3 minggu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Layu selepas 3 minggu dibeli dari IKEA yang mana sebelum ini segar-bugar pokok bunga tersebut.

Tidak disiram kah?
Siram!
Tiada matahari kah?
Di dapur Sop sentiasa menerima cahaya matahari.
Kenapa layu juga akhirnya?
Baja tiada! Menanam pokok bukan perlukan tanah, air dan matahari tetapi baja juga!

Selepas layu baru berusaha membeli baja. Sempatkah ia bertahan?
Atau terus akan layu dan layu?

Kelihatan pucuk telah mati dan harapan untuk hidup adalah tipis!

Maafkan kami wahai pokok kerana tidak menjagamu dengan baik.

[Mood shahdu la pulak]

Pokok apa hendak tanam pula? Strawberry ok tak? Heheheh


EmoticonEmoticon