04 October 2012

Gores dan menang cari mangsa di Terengganu

Salam sejahtera kepada semua rakan.

Hati-hati ia muncul di Terengganu
Isu gores dan menang menipu kita telah lama dengar sebelum ini dan selepas semua pihak sedar, ia tidak lagi muncul. Laporan media cetak dan elektronik memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penipuan gores dan memang.

Hari ini Sop mendapat berita dari bapa Sop yang terkena dengan penipuan gores dan menang! Perkara ini baru berlaku semalam yang mana bapa Sop telah didatangi oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang menyatakan bertuah kerana terpilih untuk membuka kupon. Apabila dibuka, hadiah yang bapa Sop menang ialah wang tunai  RM10,000.00. Tujuan syarikat tempat beliau bekerja memberi hadiah kerana untuk mengurangkan pembayaran cukai. Setelah dipujuk, bapa Sop setuju untuk ke pejabatnya untuk mendapat hadiah cabutan betuah tersebut.

Semasa di pejabat, sekali lagi bapa Sop ditawarkan kupon kerana setiap pemenang layak untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan. Apabila buka kupon tersebut, hadiah utama telah dimenangi oleh bapa Sop ialah sebuah kereta Toyota Camry! Sangat bertuah bapa Sop bukan?

Untuk urusan mendapatkan kereta tersebut, bapa Sop perlu membayar RM6,500.00. Urusan perlu dilakukan hari ini! Bapa Sop yang gembira memenangi hadiah tersebut balik dan membawa wang yang diminta. Duit tersebut hanya persediaan semasa proses untuk mendapatkan kereta nanti.

Apabila tiba di pejabat, beliau meminta untuk menyemak duit yang dibawa sama ada cukup atau tidak. Apabila mengira beberapa kali, beliau meminta rakan diluar pejabat pula mengira duit tersebut sama ada cukup atau tidak. Pada asalnya duit yang dibawa hanya dikatakan untuk persediaan sekiranya untuk urusan mengambil kereta tetapi kini apabila berada ditanganya, ia kata akan menyimpan duit tersebut untuk di simpan. Lebih selamat katanya!

Kemudian bapa Sop diberikan lagi 1 kupon kerana telah telah membawa duit dan kali ini memang lagi satu kereta! Sungguh bertuah? Untuk dapatkan kereta 1 lagi, perlu ada persediaan RM6,500.00 lagi! Oleh kerana bapa Sop tidak sedap hati, tawaran tersebut ditolak!

Sekali lagi bapa Sop diterangkan bahawa untuk menang kereta tersebut, perlu melihat nombor siri. Ini kerana setiap nombor siri mewakili kereta tertentu dari Toyota Camry hingga Vios. Jika nombor siri dari kupon kereta tadi dipaparkan 01, akan menang kereta Toyota Camry, jika 02 akan menang kereta Vios. Mula scan pada komputer tidak jelas nombor siri yang dipaparkan! Dengan kecangihan telefon beliau, nombor siri boleh dipaparkan. Tapi bukan nombor siri 01 atau 02 tetapi 08! Apabila disemak, nombor 08 tersebut merupakan hadiah tilam elektrik yang bernilai RM30,000.00.

Bapa Sop mula menolak hadiah tersebut kerana buat apa tilam mahal-mahal bukan?
Apabila melihat bapa Sop tidak berminat, beliau memaklumkan boleh jual tilam tersebut kepada rakannya dengan harga RM24,000.00. Beliau memberikan nombor telefon rakan beliau. Apabila bapa Sop hubungi rakannya, dia memaklumkan setuju untuk membeli tilam tersebut tetapi akan datang mengambilnya pada hari Khamis. Bapa Sop pun pulang.

Semasa singgah di warung kopi, bapa Sop bercerita tentang perkara ini. Ketika itu juga tokei warung tersebut memaklumkan yang beliau juga telah memang perkara yang sama minggu lepas. Hadiah tilam juga beliau menangi! Rakan penipu kata hendak beli tilam tersebut tidak juga muncul! Beliau telah membuat laporan polis mengenai penipuan ini. Tokei warung menyarankan agar bapa Sop buat laporan polis juga!

Setelah tersedar tentang telah tertipu, bapa Sop telah membuat laporan polis dan nasihat dari adik-beradik Sop supaya membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Sekarang ini, hanya menunggu perbicaraan tribunal pengguna selepas Raya Haji nanti. Panggilan perbicaraan telah bapa Sop hantar dengan pos berdaftar sendiri.

Taktik penipuan yang cilik yang mana dari satu ke satu dibuatnya. Resit telah diberikan. Tandatangan juga diambil semasa proses mendapat kupon menang kereta tersebut. Sop percaya bapa Sop tidak baca apa kandungan keseluruhan surat yang ditandatangi tersebut.

Semasa mendengar cerita dari bapa Sop, rasa sangat geram! Penipu tidak kira orang tua atau muda mangsanya. Mungkin warga emas lebih mudah mereka tipu bukan?

Walaupun agak sukar untuk menang kes ini, harap bapa Sop boleh dapat kembali wang yang telah diberikan. Ini kerana bukti tentang hadiah kereta dan wang tunai hanya cakap mulut. Perkara bercetak hanya resit pembayaran dan dokumen pengakuan yang ditandatangani hanya akan memihak kepada mereka! Mesti kelihatan betul mereka menjual tilam tersebut! Apa yang ada hanya saksi iaitu ibu Sop yang bersama ketika itu.

Kepada rakan-rakan, mohon sebarkan kepada rakan-rakan dan sanak-saudara tentang perkara ini. Ini kerana mereka telah merebak ke negeri-negeri yang belum tahu tentang perkara ini. Mungkin sasaran warga emas kerana mereka mudah diperalatkan! Jika tidak, lebih ramai yang akan terkena sebelum semua masyarakat sedar tentang penipuan yang dijalankan. Sudah masuk perangkap, sukar untuk keluar kerana penipuan sangat licik! Mereka mempunyai geng yang mempunyai plot penipuan yang meyakinkan. Mereka beroperasi sekitar Mydin Mall dan Giant Kuala Terengganu. Mungkin selepas ini akan bergerak ke tempat lain untuk mencari mangsa lain.

Lebih setengah jam Sop mendengar cerita dari bapa Sop melalui telefon. Harap tiada lagi yang terkena tektik penipuan ini.


EmoticonEmoticon