06 October 2012

Blog Review: Ini Blog Mira

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ini Blog Mira adalah blog review untuk hari ini. Jika ada yang mengaku blog tersebut bilik anda, pasti kena sama sebab Mira telah membuat cop dagang pada tajuk blog, ok! Jangan hendak mengaku-mengaku pula (hehehehe)

http://miraedo92.blogspot.com

Siapa pernah singgah ke blog Ini Blog Mira?
Sop baru pertama kali singgah. Bagus juga buat blog review ini, banyak blog yang Sop tidak pernah lawat baru Sop singgah. Antara objektif blog review bukan?

Blog Ini Blog Mira sangat menarik dengan penggunaan latar belakang dot-dot warna tersebut. Nampak ceria dan sesuai dengan jiwa blogger remaja bukan? Ditambah pula dengan header gambar gadis remaja dengan tulisan lukisan, menyerlahkan lagi blog remaja Mira. Ada identiti dan keunikkan tersendiri :)

Blog Mira kemas dan ringkas. Sop sangat suka dengan blog yang ringkas kerana ringan, mudah dan menarik. Jika penuh dengan maklumat tiada masalah tetapi kena susun dengan kemas. Blog Sop sendiri pun agak penuh! Hehehe (Segan pula! Kata suka ringkas tetapi blog sendiri berserabut, apa da,,,)

Sidebar Sop lihat tiada backgroud digunakan membuatkan kurang jelas widget seperti label dan kenangan lalu (Archive). Jika diletakkan backgroud, lebih menarik seperti main entry.

Banyak entry berinformasi yang dikongsi oleh Mira. Teruskan berkongsi dan sebaiknya lebih banyak dan kerap. Pelawat suka dengan blog informasi dan sering dikemaskini.

Semoga Mira berjaya dalam dunia blogging :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah ke Ini Blog Mira dan berkongsi pandangan anda :)


EmoticonEmoticon