26 October 2012

Blog Review - Diari Si Froggie

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Blog review hari ini adalah yang terakhir untuk kali ini. Agak lama juga berlangsung iaitu lebih dari 2 bulan review ditambah dengan hari-hari cuti (tidak sempat buat review).

Bila segmen ini akan buka kembali? Jawapanya tidak pasti lagi. Jika ada kesempatan dan ruang, akan dibuat kembali.

http://www.diarisifroggie.com/

Siapa suka katak?
Binatang yang mengelikan bagi ramai pihak, betul tak?
Namun jika katak dijadikan kartun, atau watak pasti akan menjadi comel. Oleh sebab itu, banyak cerita kartun mengenai katak.

Begitulah dengan blog Diari Si Froggie yang menggunakan tema katak dan mempunyai logo katak yang menarik! Satu keunikkan kepada banner blog Diari Si Froggie kerana menggunakan katak yang comel menaiki motosikal vespa. Sangat memberi kesan kepada semua pelawat.

Blog Diari Si Froggie pada pandangan Sop sangat menarik dan boleh dikatakan hebat. Bukan sahaja dari template tetapi juga entry yang dikongsi. Bukan sahaja Sop yang kata begitu tetapi Google juga dan kerana itu blog Diari Si Froggie mendapat PR3 dari Google.

Template berwarna hijau yang digunapakai pada blog Diari Si Froggie sangat menenangkan pelawat. Ia sesuai dengan katak hijau yang suka dengan tumbuhan hijau. :) Susunan widget sangat kemas dan tersusun. Paling menarik ialah header yang sentiasa berubah mengikut acara terkini. Contohnya sekarang ialah tema Raya Aidiladha. Hebat bukan? Bukan semua mampu buat header yang menarik! Tahniah buat Cik Aida.

Oh ya, terlupa hendak kenalkan pemilik blog Diari Si Froggie ini. Jika anda pernah ke blog Diari Si Froggie pasti tahu siapa pemiliknya bukan? Cik Aida ini seorang yang aktif blogwalking juga. Pasti ramai yang mengenali beliau :) Bagi yang belum kenal, boleh singgah-singgah berkenalan yer... Hehehe

Buat masa ini, tiada apa yang kurang dengan blog Diari Si Froggie. Apa yang perlu ditambah ialah rajin update entry sahaja. Apa yang Sop lihat Cik Aida agak kurang keluarkan entry. Mungkin kerana kengkangan tugas atau masa. Malah ada masanya Cik Aida bagaikan hilang entah kemana. Hehehe

Kepada rakan-rakan dan geng terjah, jom lawat blog Diari Si Froggie. Nyatakan pandangan anda tentang blog beliau kerana pandangan anda sangat bererti buat Cik Aida. Jom terjah!


EmoticonEmoticon