Blog Review: Cahaya Kita
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.
http://cahayahana.blogspot.com |
Blog Cahaya Kita, satu lagi blog yang bertemakan warna pink untuk template. Blog review untuk semalam juga berwarna pink. Meriah sungguh dengan warna pink :)
Oleh kerana penulis blog Cahaya Kita tidak menyatakan kenapa sertai segmen blog review, Sop andaikan ia bertujuan untuk mencari kenalan. Oleh itu, Sop review tentang blog sahaja, boleh? Hehehe
Blog Cahaya Kita telah dibina bermula tahun 2006 lagi. Lama sudah pemilik blog telah membina blog rupanya. Sop pun belum ada lagi blog! Walaupun lama, pada tahun 2010 baru kelihatan blog Cahaya Kita aktif mengeluarkan entry. Jumlah entry bertambah setiap tahun. Tahniah kepada Rania yang berjaya kekal dan terus aktif dalam perkongsian sebagai blogger.
Blog Cahaya Kita dimiliki oleh Rania iaitu ibu kepada Narnia dan suami kepada Fairus. Maklumat lanjut mengenai penulis boleh dilihat pada link di sini.
Kelihatan keluarga Rania suka meronda dan melancong. Banyak Negara yang telah mereka lawati seperti Indionesia, China, Vietnam dan Singapura. Jika dalam negaran, pasti lebih banyak bukan?
Selain itu, Rania sangat aktif sertai segmen dan peraduan. Banyak juga peraduan yang telah beliau menangi. Tahniah diucapkan kepada Rania.
Kepada rakan-rakan, jom ramai-ramai lawat blog Cahaya Kita dan jangan lupa untuk follow.
Terima kasih kerana membaca entry Blog Review ini :)
EmoticonEmoticon