04 October 2012

Blog Review: Belog JCB

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

http://mayesa-jcb.blogspot.com
Blog Review untuk hari ini ialah Jom Cipta Bahagia atau dipendekkan menjadi "belog JCB". Blog ini dimiliki oleh Cik Matahari. Oleh sebab itu, header blog menggunakan bunga matahari :) Ingin berkenalan? Sop beri sedikit intro kemudia boleh kenali Cik Matahari melalui link di sini.

Hai semua.. saya cikmatahari-penulis belog JCB
~jom cipta bahagia~
Emm cikmatahari tu nama gedix santai saya, hehe :P
nama asal MarHaini Binti Abdul Rahim^^
boleh panggil cikMAR @ cikhaynee~


Belog JCB sebuah blog yang ringkas tetapi banyak yang ingin dikongsikan melalui penulisan. Dalam masa yang sama, Cik Matahari turut berkongsi sesuatu yang bermakna. Ingin tahu? Sila lawati Belog JCB dan anda akan tahu :)

Pada pandangan Sop, Belog JCB masih boleh diperkemaskan dari segi susunan widget dan header.

Header Cik Matahari boleh disama-ratakan dengan saiz blog untuk kelihatan lebih sepadan. Warna tulisan boleh diperkemaskan untuk kelihatan lebih menarik dan mudah untuk dibaca.

Widget juga boleh disusun atur untuk kelihatan lebih tersusun. Ini kerana template Belog JCB tidak mempunyai border menjadikan ia agak bercampur aduk.

Widget yang kurang penting elok dikurangkan untuk meringankan blog.

Adverlet dengar cerita tidak bayar kepada blogger (Sop sendiri tidak dapat bayaran Huhuhuhu) Jika ya, baik buang sahaja kerana merugikan blogger sahaja. Namun ada blogger mendapat bayaran!

Teruskan menulis dan berkongsi kerana Sop lihat entry dari Belog JCB agak sedikit. Lebih banyak ilmu dan maklumat yang dikongsi, lebih ramai suka membaca.

Semoga Belog JCB akan terus berkongsi kerana ada keistimewaan dalam penulisan Cik Matahari :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah dan berikan pandangan anda :)


EmoticonEmoticon