03 October 2012

Blog Review: Aku Cuma Seorang Kulikutif

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kulikutif, apa maksudnya?
Sop sendiri tidak pasti. Adakah kata dasarnya ialah 'kuli'? Hehehehe

http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/
Blog review untuk hari ini ialah milik Saudara Remy Hazza yang diberi nama blog Aku Cuma Seorang Kulikutif. Mungkin Bro Remy boleh komen sedikit kenapa nama tersebut dipilih?

Blog yang menggunakan latar belakang hitam! Ramai yang tidak suka dengan latar belakang hitam bukan? Namun jika di'setting' dengan baik, latar belakang warna hitam boleh menjadi template yang terbaik :)

Sop suka dengan slogan blog yang digunakan iaitu "Hidup tanpa dugaan, hilang warna kehidupan". Hidup ini pasti tidak boleh lari dari dugaan. Tidak kira kecil atau besar dugaan tersebut, paling penting bagaimana kita mengatasi dan mengharungi dugaan tersebut :)

Blog Aku Cuma Seorang Kulikutif mempunyai header yang sangat menarik dan unik. Tahniah kepada bro Remy kerana kreatif membina header. Tidak semua mampu membuat header yang kreatif (rujuk blog Sop) Heheheh

Pemilihan warna juga menarik kerana gabungan warna gelap dan cerah memberi variasi kepada blog. Paling Sop suka ialah gambar-gambar dalam entry blog Aku Cuma Seorang Kulikutif yang menarik.

Entry blog Aku Cuma Seorang Kulikutif juga menarik dan sesuai dengan kategori blog personal.

Teruskan menulis dan semoga maju jaya buat bro Remy.

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Aku Cuma Seorang Kulikutif dan nyatakan pandangan anda tentang blog Aku Cuma Seorang Kulikutif.


EmoticonEmoticon