25 October 2012

Blog Review - Abg Cik Punyer Belog

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Blog Review semakin ke penghujungnya hanya tinggal 2 lagi blog untuk direview. Blog yang kedua terakhir ini ialah dimiliki oleh Abang Cik. Tagline blog yang digunakan beliau ialah "...abg cik pun nak menulis jugak ....sekadar berkongsi pendapat ....."

Sedikit maklumat mengenai penulis blog Abg Cik Punyer Belog seperti berikut:


Abg Cik
Mesra dipanggil Abg Cik.
Pendapat yang saya tuliskan di blog ni adalah pendapat saya sendiri dan tidak melibatkan mana2 pihak kecuali yang saya nyatakan sumbernya .

Abg Cik ini seorang yang pemurah kerana sejak Sop kenali beliau banyak yang telah Abg Cik derma. Derma macam mana? Abg Cik kerap blogwalking dan klik-klik iklan yang ada pada blog. Apabila rajin menderma, maka ramai juga akan derma kepada beliau.

Mengenai blog beliau, Sop lihat banyak yang dikongsikan dengan pembaca berita-berita terkini dan artikel yang dinyatakan sumber diambil. Disambing artikel dan berita, beliau juga turut berkongsi cerita peribadi dan keluarga. Kelebihan beliau menggunakan artikel dan berita terkini memberi kelebihan kepada SEO blog. Kelihatan trafik blog Abg Cik Punyer Belog agak tinggi juga ketika carian sesuatu topik hangat.

Tujuan Abg Cik sertai segmen Blog Review ialah untuk mencari lebih ramai kenalan dan berharap boleh jumpa lebih ramai rakan yang pemurah Hehehehe

http://www.araublogger.com/
Untuk itu, jom ramai-ramai berkenalan dengan Abg Cik. Jangan lupa follow blog Abg Cik Punyer Belog juga. Jom terjah!


EmoticonEmoticon