17 October 2012

Bina kemahiran anak dengan LEGO

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kemahiran anak boleh dipupuk melalui pelbagai cara seperti kemahiran berfikir, kemahiran menyusun, kemahiran psikomotor dan sebagainya. Setiap kemahiran membantu perkembangan anak dengan lebih baik untuk fikiran dan fizikal.

Setiap permainan mempunyai kelebihan tersendiri. Paling anak-anak suka permainan yang mencabar dan kreatif. Sebagai contoh Wikki Stix yang sangat bagus untuk menjadi anak lebih kreatif dengan harga yang rendah.

Baru ini ke Jusco dan ada jualan untuk permainan. LEGO yang original sangat mahal harganya. Kebetulan ada jualan bagi LEGO jenama China dengan potongan harga 70%. Tahap mainan tersebut untuk umur 6 tahun ke atas dan sangat sesuai untuk Azfarvdan Azwar.

Apa lagi, sangat gembira lah mereka. Tidak sabar untuk balik dan membina robot.

Dalam mainan LEGO tersebut disediakan manual untuk membina model robot. Agak sukar juga untuk membinanya sehingga terpaksa Mrs Sop dan Sop membantu. Hasilnya sangat mengagumkan! Beberapa jenis model robot boleh dibuat melalui set LEGO tersebut.

Jom tengok hasil robot:)










EmoticonEmoticon