31 October 2012

Bayaran Google Adsense melalui Western Union

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Western Union merupakan cara pemindahan wang merentasi negara dengan mudah dan cepat.

At Western Union, we understand you are sending more than just money. That is why we help you stay connected to loved ones and business associates around the world. And with more than 140 years of experience in the money transfer business and a strong network of Authorized Service Providers with over 2,5001 locations in Malaysia, we will continue to bring you closer to them. (Western Union Malaysia)
Sop baru pertama kali menggunakan perkhidmatan Western Union ini untuk bayaran pendapatan dari Pengiklanan Google Adsense. Sebelum ini beberapa kali mendapat cek dari Google Adsense kerana tidak berani untuk mencuba Western Union ini. Hasil cadangan rakan-rakan seperti Kak Yan, Sop akhirnya cuba bertukar dari cek kepada Western Union dalam setting pembayaran Google Adsense.
Borang Western Union Pejabat Pos
Pengalaman pertama, mesti teruja bagaimana proses menggunakan Western Union ini bukan?
Selepas beberapa lama, akhirnya jumlah pendapatan Google Adsense diperingkat cashout. Google Adsense mudah, cukup sahaja USD100 mereka akan proses pembayaran pada setiap 15 haribulan (jika tidak setting ingin cashout manual). Jika dulu, perlu tunggu cek sampai, baru boleh bank in. Dengan Western Union, proses lebih mudah dan cepat.

Maklumat yang dicetak dari mesej Google Adsense

Mulanya Sop mendapat emel yang pembayaran sedang diproses dan akan dihantar. Sop ingat proses sama seperti cek, mereka akan hantar maklumat melalui surat. Rupanya silap, Google hanya akan hantar mesej pada akaun Google Adsense yang pembayaran telah sedia. Dari situ, kita telah boleh ke agen Western Union untuk mendapatkan wang tersebut.

Proses menggunakan Western Union ini bukan sahaja cepat tetapi juga jimat. Semasa menggunakan cek, Maybank telah mengenakan cas perkhidmatan proses sebanyak RM20 dan tempoh untuk clear cek tersebut ialah sebulan. Sudahlah tunggu cek beberapa minggu baru sampai, proses clear cek lagi sebulan. Berapa punya lama da? Hehehe Dengan Western Union, setelah menerima maklumat pembayaran kita terus boleh mendapatkan wang tunai di agen Western Union.

Sop telah menggunakan perkhidmatan Western Union di pejabat Pos. Proses berjalan dengan lancar dan pihak pos tiada masalah untuk membuat perkhidmatan Western Union ini. Berikut adalah langkah untuk menggunakan Western Union:

  1. Dapatkan maklumat pembayaran (cetak atau salin maklumat penting seperti MTCN, Nama Pembayar  dan Alamat)
  2. Sediakan salinan Kad Pengenalan (Ada dinyatakan pada borang Western Union)
  3. Dapatkan borang Western Union
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  5. Hantar di kaunter untuk diproses
  6. Terima wang tunai
  7. Selesai
Maklumat lanjut, sila lawat web Western Union di sini.

Kita tidak perlu susah-susah hendak kira kadar tukaran USD kerana pihak agen akan bantu kira untuk anda. Hanya tulis nilai USD yang terpapar pada maklumat pembayaran.
Dah tukar kepada RM, banyak juga kan? Hehehe
Pendapatan Google Adsense Sop agak perlahan. Kali terakhir Sop mendapat cek Google ialah tahun lepas. Kira setahun lebih baru dapat kumpul jumlah layak pembayaran. Maklum sahaja, blog Bahasa Melayu dengan geo target hanya di Malaysia agak rendah pembayaran keywordnya. Itupun sekarang ini blog Bahasa Melayu telah boleh keluar iklan, jika dulu langsung tidak ada. Siap kena ejas kod Google Adsense baru boleh keluar. Hehehe Namun sekurang-kurangya dapat juga merasa bukan? Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit :)

Kepada yang menjana pendapatan dari Google Adsense dan masih setting pembayaran menggunakan cek, silalah tukar kepada Western Union yang lebih mudah dan cepat untuk mendapat pembayaran.

Jika guna EFT, lagi cepat pembayaran Google Adsense kerana pembayaran akan terus bank in ke akaun kita. Buat masa ini, hanya beberapa negara sahaja yang tersenarai dalam pembayaran menggunakan EFT Google Adsense ini. Malaysia belum lagi tersenarai :)

Terima kasih membaca entry ini.

2 comments:

  1. saya pun pernah gak guna western union untuk terima bayaran dari adsense, memula tu problem pasal nama penerima tak sama dengan ic pasal nama panjang sangat siap ada @ lagi tu.... kiranya frust la jugak sampai close terus akaun adsense.. nak jadi cerita rupanya kat pasport antarabangsa nama dia pecah dua, yang @ tu jadi nama-nama lain so sama la ngan nama untuk penerima kat western union and lastly boleh keluar la duit tu... merasa la RM370++ hehehehe.... akaun adsense sekarang wat lain dah, payah lak tu nak approved..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama amat penting
      pejabat pos perlukan IC untuk pengesahan
      kalau nama xsama mmg problem
      mmg syok dapat duit adsense, nilai besar :)
      terima kasih @pawl john atas perkongsian

      Delete


EmoticonEmoticon