01 October 2012

Baby Auni mandi kolam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Suka mandi kolam? Kanak-kanak pasti suka macam Azfar dan Azwar :)

Bagaimana pula dengan Baby Auni?
Ini adalah kali pertama bawa Baby Auni bermain air kolam. Walaupun tidaklah mandi sepenuhnya tetapi apabila Baby Auni melihat ramai kanak-kanak bermain air, sangat teruja beliau.

Baby Auni suka dengan air! Sejak kecil lagi, dia tiada masalah dengan mandi. Kalau bagi main air di bilik air langsung tiada suara. Tidak tahu nanti lepas pandai main kolam sendiri, macam abang-abangnya juga lah nampaknya sudah mandi tidak mahu naik-naik :)

Papa dia juga yang tidak mandi, kurang sihat pula minggu ini :)







EmoticonEmoticon