15 October 2012

Apa minuman kegemaran anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Minuman penting untuk keperluan badan kita dan oleh itu setiap orang perlu minum untuk hidup. Namun di Malaysia, kita mati bukan kerana tidak minum tetapi terlebih minum. Hehehe

Setiap orang mempunyai minuman kegemaran. Ada yang suka minuman sejuk dan ada gemar minuman panas. Ada yang menjadi ketagih dengan minuman kerana rutin telah kekal sekian lama. Ada yang Sop jumpa ketagih dengan teh mamak sehinggakan perlu minum setiap hari. Jika minuman mengandungi nikotin seperti kopi, tidak hairan jika ketagih.

Sop sendiri ketagih dengan Nescafe dan jika tidak minum akan kurang segar.

Bagi Azfar, minuman kegemaran beliau ialah teh o ais limau. Jika minum di kedai pasti air itu yang dipesannya. Manakala Azwar pula suka dengan air Milo. Biasanya milo sejuk tetapi jika bersarapan, kena paksa minum air milo panas. Hehehehe

Bagaimana dengan anda pula? Apa minuman kegemaran anda?


EmoticonEmoticon