21 September 2012

Suka pula dengan minuman tenaga STING

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah minum Minuman Tenaga Sting?
Sejak mula mencubanya sehingga sekarang, jika jumpa pasti akan Sop beli. Pertama kali membelinya ialah di mesin air minuman IKEA.

Pada mulanya hanya untuk mencuba kerana kelihatan menarik dari segi botol dan warnanya. Selepas merasanya, baru tahu rasanya sedap.Kemudian baru tahu ianya ialah air minuman tenaga dengan ginseng.

Bagi yang penat-penat, elok minum air ini sekali sekala untuk tambah tenaga segera. Rasanya pun sedap tetapi sedikit manis. Kalau siapa ada kencing manis, kurang sesuai minum air ini yer. Heheheh

Harga semasa beli di mesin air IKEA ialah RM2 sahaja tetapi beli di kedai mesin minyak ialah RM2.90. Beraoa harga biasa agaknya? Di mesin air IKEA sangat murah kerana air tin pun hanya RM1 sahaja :)


EmoticonEmoticon