Sertai Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari
48 hours Sticky post
Nikmati Susu Dalam 21 Hari |
Telah sertai kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari?
Jika belum, sila lawat laman kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari oleh Dutch Lady yang mana sangat bagus untuk anda keluarga memulakan amalan minum 2 kali produk susu sehari.
Jika anda belum tahu apa itu kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari, sila lawat entry awal di sini.
Kami telah berjaya mengikuti kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari tanpa sebarang masalah kerana sejak kecil, Azfar dan Azwar telah didedah dengan amalan minum susu dan ia dikekalkan sehingga sekarang. Dengan kempen yang telah diadakan oleh Dutch Lady, amalan pengambilan produk susu kami telah bertambah dan Azfar dan Azwar lebih seronok untuk minum susu.
Satu kotak kecil susu Dutch Lady sebelum ke sekolah untuk kecergasan sepanjang hari |
Satu gelas susu panas sebelum tidur |
Sebelum ini, saya ingat mengambil susu hanya sekadar melalui minuman sahaja. Tidak pernah terfikir tentang penggunaan produk susu dengan cara lain. Rupanya banyak cara yang boleh dihidangkan dengan susu. Ia sangat berguna kepada anak-anak yang tidak gemar minum susu dan dengan pelbagaikan menu berasaskan susu, amalan pengambilan susu 2 kali sehari dapat dilaksanakan.
Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari oleh Dutch Lady telah memberi saya maklumat tentang pelbagai menu berasakan susu yang dikongsi di laman Facebook kempen oleh Dutch Lady dan juga peserta yang sertai kempen tersebut. Kini susu bukan sekadar susu. Banyak cara boleh dihidangkan dengan susu supaya amalan pengambilan susu 2 kali sehari tercapai.
Baby Auni pun hendak minum susu tetapi masih belum boleh yer :) |
Idea yang dipaparkan di laman Facebook Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari bukan sahaja menarik tetapi mudah diikuti. Ia memamparkan bahan dan cara untuk menyediakan menu tersebut. Minggu pertama telah diberikan oleh pihak Dutch Lady dan 2 minggu seterusnya adalah sumbangan idea sumbangan pengguna produk Dutch Lady. Ikuti kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari untuk membantu anda mendapat mengekalkan amalan pengambilan susu 2 kali sehari.
Kami sekeluarga sekarang mengamalkan pengambilan susu 2 kali sehari dengan lebih baik. Kadang-kala, Azfar dan Azwar yang ingatkan kami jika terlupa untuk mengambil susu. Kami lebih seronok dengan amalan memgambil susu 2 kali sehari setelah menyertai Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari ini.
Aiskrim Strawberry Dutch Lady dengan pisang antara yang suka dimakan |
Laman Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari juga menyediakan galeri idea rawak yang boleh digunakan oleh kita seharian. Galeri idea rawak ini boleh “Cetak” untuk mencetakkan senarai semakan dalam aplikasi “Nikmati Susu Dalam 21 Hari”. Dengan idea rawak, pengguna boleh memilih menu yang sesuai untuk dijadikan panduan sajian. Idea rawak tersebut adalah dari Dutch Lady dan juga pengguna yang menyumbangnya.
Jika anda mempunyai idea penyediaan susu dan ingin berpeluang memenangi hadiah RM200, sila lawat laman kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari. Bagi yang belum tahu bagaimana hendak berkongsi idea tentang menu penyertaan susu, sila ikuti langkah berikut:
Lawat laman Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari |
Masukkan semua maklumat yang diperlukan |
Penyertaan anda akan diproses dalam tempoh 24 sebelum dipaparkan |
Sertai sekarang, mungkin idea kreatif anda dipilih sebagai pemenang!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari sekarang!
EmoticonEmoticon