Roti Dutch Lady Strawberry Dengan Epal
Stinky 48 hours
Perlukan sarapan pagi ringkas dan mudah untuk anak-anak anda?
Saya biasanya perlukan masa yang singkat untuk persiapan anak ke sekolah dan saya ke tempat kerja. Waktu yang terhad dan padat memerlukan sarapan disiapkan dengan ringkas dan mudah tetapi memenuhi keperluan anak-anak saya. Amalan pengambilan sajian susu sangat penting untuk kesihatan anak-anak saya. Kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady disambut untuk memastikan tabiat meminum susu 2 gelas sehari tercapai.
Roti Dutch Lady Strawberry Dengan Epal |
Menu mudah yang saya sediakan ialah Roti Dutch Lady Strawberry Dengan Epal.
Produk utama idea:
Susu UHT Dutch Lady
Idea menikmati susu anda:
Bahan–bahan
- 1 kotak Susu UHT Dutch Lady berperisa Strawberry
- 1 keping roti
- 1 biji buah epal
Cara-cara
Masukkan roti ke dalam mangkuk bersama hirisan buah epal. Kemudian masukkan susu UHT Dutch Lady ke dalam bekas tersebut. Sedia untuk dihidangkan.
Hidangkan kepada anak-anak. Pasti mereka gemarkannya. Sarapan yang ringkas tetapi cukup untuk keperluan anak-anak anda.
Azfar berusia 6 tahun mampu sarapan Roti Dutch Lady Strawberry Dengan Epal. Hanya dengan sekali ajar sahaja. Boleh mendidik anak-anak untuk berdikari juga.
Menu ini telah dihantar ke laman Facebook Dutch Lady Malaysia dalam aplikasi cabaran “Nikmati Susu Dalam 21 Hari”. Peserta yang menghantar menu menggunakan susu Dutch Lady ke aplikasi tersebut berpeluang untuk memenangi hariah RM200. Jika anda mempunyai idea kreatif dan ingin menyahut cabaran “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady, sila lawat laman Facebook Aplikasi “Nikmati Susu Dalam 21 Hari”.
Dengan produk Dutch Lady, pengguna boleh variasikan menu pengambilan susu. Jika produk sedia ada sukar untuk disukai oleh anak-anak, ibubapa boleh menjadi kreatif menyediakan sajian susu untuk menarik minat anak-anak mengambil susu 2 gelas sehari.
Jika anda perlukan idea untuk hidangan susu kepada anak-anak, Laman Facebook Dutch Lady boleh membantu. Terdapat program yang dibangunkan untuk membantu menjayakan kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady dan mengekalkan tabiat minum susu 2 gelas sehari. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah RM200.
Lawat aplikasi kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch Lady untuk maklumat lanjut.
Ringkas dan mudah cara nikmati sarapan begini..
ReplyDeleteTerima kasih mak :)
Delete