24 September 2012

Ride - Perjalanan ke Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini Sop ke Melaka untuk urusan kerja. Kali ini Sop ride bersama rakan sepejabat. Perjalanan kurang bosan apabila mempunyai rakan ride walaupun bukan boleh bersembang semasa atas motor. Sekurang-kurangnya bila berhenti, boleh berborak-borak dan minum-minum :)

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula jam 4.00 petang tadi. Perjalanan agak lancar dan cuaca sangat baik. Kenderaan berpusu-pusu banyak di lebuhraya.

Kami singgah di hentian Seremban untuk makan. Sop belum makan tengah hari rupanya tadi. Sibuk dengan persiapan untuk berkemas, baiki motor dan urusan kerja.

Kami tiba di Melaka pada jam 7.00 petang selepas tersesat mencari Hang Tuah World Heritage Hotel Melaka.

Review Hang Tuah World Heritage Hotel Melaka dalam entry seterusnya.




EmoticonEmoticon