02 September 2012

Pemenang peraduan saya suka dan tidak minum susu

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu.

peraduan saya suka dan tidak minum susu
Peraduan saya suka dan tidak minum susu

Berakhir sudah "Peraduan saya suka dan tidak minum susu" tepat pada jam 11.59 malam pada 1 September tadi. Terima kasih kepada rakan yang sudi sertai peraduan ringkas ini.

Berikut adalah senarai peserta Peraduan saya suka dan tidak minum susu:

Penyertaan kategori "Saya suka susu kerana.."


  1. saya suka minum susu kerana itu tabiat saya sejak baby. :P [Alia NOmy]
  2. Saya suka minum susu kerana.... susu best...!!! hahaha dah macam iklan kanak2 yang cakap kenapa saya suka rumah saya... Aku suka minum DL full cream lepas main bola petang2.. Menyegar dan hilangkan dahaga.. cubalah..[Padin]
  3. shida suka minum susu kerana .......bila minum susu mesti teringat msa zaman kecik2 punya susah nk mnum susu sebab rsa dia yg xbpe nk sedap lg2 kalau susu tepung erkk..tp skg sejak ada nya susu dutch lady dah jadi fav mnuman mst nk mnum, lpas tu tringt "kalo time kecik2 mak beli susu ni mst skg dah jd ank omputih" ^_~[Shida]
  4. saya suka minum susu kerana susu merupakan sumber semula jadi yang kaya dengan segala khasiat dan baik untuk kesihatan.[Ahmad Khir]
  5. Saya suka minum susu kerana untuk memastikan kalsium yang mencukupi bagi mendapatkan tulang yang lebih sihat dan kuat.. ^____^ [Syu90]


Penyertaan kategori "Saya tidak suka susu kerana.."

6. Saya tak suka minum susu kerana baunya yang memualkan tekak saya dan setiap cuba nak minum susu, saya terbayang rupa t*t*k lembu yang hodoh menggeleber! Hiii! Geli! Sebab tu saya tak suka susu walau pun saya tau penting untuk minum susu. [Scarlett O'Hara]

Pemenang bagi Peraduan saya suka dan tidak minum susu ialah:

Saya suka susu kerana.. [Shida]

Saya tidak suka susu kerana.. [Scarlett O'Hara]

peraduan saya suka dan tidak minum susu
Pemilihan oleh Random.org

Peserta bertuah.. [Syu90]

Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua rakan yang sudi menyertai peraduan ini. Teruskan bersama sop.name.my kerana ada lagi peraduan yang menyunsul :)

Kepada pemenang, sila emelkan Nama, Nombor akaun (Maybank sebaiknya) dan emel kepada gnesop(at)gmail.com untuk pemberian hadiah.

Terima kasih :)


EmoticonEmoticon