07 September 2012

Kurang entry SEO, kurang trafik masuk

Perbincangan SOP.NAME.MY
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Bagaimana trafik blog anda sekarang ini? Telah kembali pulih?
Sebelum Raya, semasa Raya dan selepas Raya, keadaan trafik adalah berbeza. Sebelum Raya, trafik sangat tinggi terutama kepada yang menulis mengenai Raya dan berkaitan dengannya.

Semasa Raya, trafik semua jatuh kerana ramai yang tidak online kerana penat beraya atau balik ke kampung tiada talian internet.

Selepas Raya, trafik kembali pulih sedikit demi sedikit kerana perjalanan kehiduapan seharian kembali seperti asal.

Sekarang ini, Sop sedang mencuba menulis sepenuhnya blog mengenai peribadi selepas penukaran domain. Sedang mencuba untuk menjadikan blog 100% catatan peribadi dan perkongsin maklumat hanya yang berkaitan dengan kehidupan sendiri. Maknanya konsep utama ialah blog peribadi.

Kesannya ialah trafik agak rendah dan kurang memberangsangkan. Walaupun trafik berkurangan, kadar komen yang diterima adalah bertambah, rakan baru juga bertambah dan rezeki blog pun bertambah. Kurang di sana, lebih di sini. Namun begitu, seharusnya kesemua perkara adalah seimbang.

Apa entry SEO?
Bukan entry yang bertajuk SEO yang Sop maksudkan tetapi entry yang menjadi carian utama pada sesuatu masa. Kita boleh mengagak apa yang menjadi carian utama pada satu-satu hari berdasarkan berita-berita utama, sukan dan sebagainya. Dengan entry yang sedang hangat di papan carian, pasti blog akan menerima tempias melalui carian masuk.

Untuk memastikan blog kita menerima trafik dari entry SEO, blog kita perlu dipastikan mesra SEO kerana blogger yang mengejar SEO sekarang ini telah meningkat 100%. Jika tidak, entry SEO kita tidak berkesan (memberi trafik)

Sedang fikir-fikir, adakah perlu dicampurkan entry blog dengan entry SEO?
Bagus juga jika berkongsi entry tentang maklumat semasa bukan?

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon