20 September 2012

Hormat itu apa? Tanya Azwar

"Azwar pukul abang sahaja, hormat sikit. Azfar itu abang!"
'Hormat itu apa?" Tanya Azwar

Sebagai ibubapa, apa yang hendak anda terangkan kepada anak yang berumur 5 tahun?
Sop jawab, respek! Hehehe Sah lagi tidak faham!

Azwar selalu buli abang (Azfar) kerana Azfar telah dididik untuk tidak membalas perbuatan adik. Maklum sahaja, abang kena faham adik yang lebih kecil. Kadang-kala sampai terlampau-lampau juga sehingga Azfar naik angin dan balas kembali.

Susah juga hendak terangkan kepada anak yang berumur 5 tahun kerana perkara tersebut adalah abtrak. Lagilah jika ia berbentuk istilah atau peribahasa.

Jika benda maujud, senang kita tunjuk atau perbuatan boleh kita demo. Ini perkara yang perlu diberi penerangan. Kalau sudah bersekolah rendah, sudah faham banyak benda, lebih senang untuk memberi penerangan.

Kadang-kadang, banyak soalan-soalan yang sukar untuk kita terangkan kepada anak-anak yang petah bertanya. Susah untuk memastikan mereka faham!

Mungkin tidak perlu kita beri penjelasan untuk anak-anak faham tetapi sekurang-kurangnya ia adalah ilmu yang mungkin berguna kepada anak-anak.

Sop biasanya beri penjelasan yang mudah dan ringkas. Jika terlaku sukar, mungkin hanya memberi gambaran mudah sahaja.

Bagi soalan di atas, apa yang Sop terangkan ialah sebagai adik, kena sayang abang. Tidak boleh buat benda yang tidak baik kepada abang dan juga orang lain. Kita mesti menjadi budak yang baik. Kena cakap elok-elok, tidak boleh pukul orang, tidak boleh marah-marah orang.

Agak-agak Azwar faham tak dengan penerangan tersebut? Heheheh


EmoticonEmoticon