29 September 2012

Blog Review: Miss Always Late

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)
Segmen blog review yang agak lama terbengkalai kerana banyak pula urusan dan keadaan internet yang tenat.

⇨▶..Miss.AlwaysLate..♠✔..
Blog  http://farhanabiella.blogspot.com/
Kali ini, Blog Review akan melihat blog milik Hanna Nabiella yang diberi nama Miss Always Late. Sop pun tidak pasti kenapa Cik Hanna menggunakan nama Muss Always Late. Mungkin selalu lewat ke kelas? Atau lewat dalam perkara lain? Harap Cik Hanna boleh beri penjelasan nanti.

Blog Miss Always Late menggunakan warna tema ungu dan ceria. Header yang digunakan juga menarik dan unik. Cuma tulisan nama blog yang agak sukar dibaca. Jika boleh dimasukkan URL blog dalam header lagi baik untuk promosi link blog. Saiz header juga boleh dikecilkan untuk lebih ringankan loading blog.

Blog Miss Always Late menggunakan banyak coding yang bertujuan memberi pelbagai jenis effect header, icon dan sebagainya. Dari sudut positif, ia sangat menarik tetapi kesannya blog akan berat untuk loading.

Cik Hanna boleh perkemaskan lagi susunan widget supaya lebih teratur dan buang widget yang kurang penting. Penggunaan warna yang sesuai membolehkan teks lebih mudah dibaca seperti tajuk blog.

Apapun, paling best ialah blog Miss Always Late telah masuk dalam majalah Remaja! Memang terbaik sebab Sop sendiri tidak pernah masuk mana-mana majalah. Hehehe. Cik Hanna boleh jadikan markah yang diberi oleh majalah Remaja pada blog untuk meningkatkan lagi kehebatan blog :) Tahniah kerana telah direview oleh Majalah Remaja.

Sumber:  http://farhanabiella.blogspot.com/
Template dan penampilan hanya support kepada blog. Paling utama kepada sesebuah blog ialah entry/artikel :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Miss Always Late.


EmoticonEmoticon