28 September 2012

Baby Auni kena cucuk untuk bulan 5 & 6

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ini adalah update perkembangan Baby Auni yang telah masuk 5 bulan. Bila 5 bulan, kena cucuk ikut jadual yang telah ditetapkan. Insulin apa Sop pun tidak pasti dah. Hejehe

Doktor telah sarankan untuk cucuk bagi bulan 5 & 6 sekali gus kerana Baby Auni sekarang sudah 5 bulan setengah. Tidak perlu lagi datang untuk cucuk bulan 6 nanti. Ini bermakna Baby Auni akan menerima 2 suntikan terus.

Doktor yang kami jumpa memang doktor biasa kami lawati. Dengan kecekapan beliau tanpa masalah cucuk 2 kali berterusan. Baby Auni menangis kerana sakit cucuk tetapi sekali menangis sahaja bukan?

Lepas ini akan berehat dari cucuk hingga umur 1 tahun.

Tadi semasa timbang, berat badan Baby Auni ialah 7.7kg. Patut lah berat. Hampir 8kg sudah :) Jika ikut graf berat, perkembangan Baby Auni adalah normal. Alhamdulillah :)



EmoticonEmoticon