06 August 2012

Ubah katalaluan elak blog di hack

blog kena hack
Mesej dari hacker di laman blog telah dihack
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Kata laluan sangat penting bukan?
Mungkin kadang kala kita tidak kisah kata laluan yang dipilih, yang penting mudah dan senang diingat. Untuk itu kita memilih kata laluan yang ringkas sahaja.

Tahukah anda hacker sentiasa mencari peluang?
Hacker sentiasa ingin menguji kemampuan mereka dengan ilmu yang ada. Dengan kata lain "test power". Jika beliau berjaya hack akaun seseorang, satu kejayaan kepada beliau. Itu hacker yang hanya untuk belajar dan berseronok. Bagaimana pula hacker yang cuba mencuri maklumat dan mendapat keuntungan?

Terbaru blog mama pipie telah dihack. Sop tahu apabila mama pipie meninggalkan di shoutbox bagaimana hendak mendapatkan kembali akaun blogger beliau.

Apabila dihack, hanya kata dua yang akan diberikan oleh hacker iaitu bagi balik akaun atau terus lenyap menjadi abu. Kejam bukan?

Akaun Sop bulan lepas turut mendapat aktiviti yang mecurigakan dan telah diberi amaran oleh pihak Google untuk menukar kata laluan. Sop tanpa berlengah terus menukarnya. Jangan abaikan mesej-mesej sepeti berikut kerana jika tidak, mungkin akaun akan digodam. Tukar kata laluan yang lebih sukar dengan gabungkan huruf, angka dan simbol.

Jangan guna katalaluan yang sama untuk semua akaun. Sebaiknya bina emel yang berbeza untuk tujuan berbeza. Sebagai contoh, jika daftar ke sebarang web, sebaiknya bina emel yang khas untuk urusan tersebut. Untuk urusan kewangan, sila guna emel lain dan seterusnya. :)

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Nota kaki: Harap mama pipie dapat balik akaun blog beliau, amin


EmoticonEmoticon