Perkampungan Keropok Lekor Losong, Kuala Terengganu
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.
Keropok Lekor Losong |
Sop percaya ramai yang suka. Jika ke Terengganu tetapi tidak beli kerepok lekor pasti tidak sah bukan?
Biasanya jika musim cuti, perniagaan keropok lekor akan meriah kerana masing-masing akan singgah untuk beli untuk bawa pulang. Ketika itu, perkampungan keropok Lekor Losong akan dipenuhi dengan pelanggan. Kadang-kala sesak di jalan tersebut.
Keropok Lekor Losong sahaja ker yang sedap?
Banyak keropok lekor di Terengganu yang sedap seperti Keropok Lekor Seberang Takir, Kuala Ibai, Pengadang Baru, Marang dan lain-lain lagi. Namun Kerepok Lekor Losong lebih dikenali kerana kedudukan tempat juga strategik. Contohnya dari Pusat Bandar Kuala Terengganu pasti lebih dekat dengan Kampung Losong. Dari Taman Tamadun Islam atau Muzium Negeri Terengganu boleh lalu ikut Perkampungan Keropok Lekor Losong. Malah di situ juga terdapat banyak kedai keropok lekor sepanjang jalan. Pilih sahaja kedai mana yang hendak. Jika kedai sana habis, boleh beli kedai depan lagi. Tidak perlu untuk menunggu lama jika ramai pelanggan.
Kesedapan kerepok lekor juga berbeza antara satu kedai dengan kedai lain. :) Biasanya orang Terengganu tahu kedai mana yang sedap kerana selalu mencuba antara kedai ke satu kedai. Biasanya berdasarkan cadangan rakan-rakan juga. Contoh ayat Ganu: Kedai nung sedap, ork tu dok sedap doh lening! Hahaha Paham ker?
Masa singgah di Perkampungan Keropok Lekor tersebut, Sop lihat masing-masing berborong sakan keropok. Macam-macam jenis keropok yang dibeli :) Mungkin ramai yang mengirim kot :)
Masih ingat masa baru-baru kahwin dulu, keluarga mertua pasti akan kirim kerepok lekor bila balik kampung. Tetapi sekarang, sudah bosan agaknya sebab selalu makan dah. Hahahaha Tapi bila ke Terengganu, harus makan lah sebab makan masa 'fresh' lagi sedap. Baru boleh rasa kemanisan ikan yang dijadikan keropok. Bayangkan keropok lekor yang masih panas-panas dicicah dengan sos keropok lekor. Kemudian angin sepoi-sepoi pantai menium lembut (jika makan di pantai) Heheheh Merapu sudah!
Anda pernah cuba keropok Lekor Losong?
Galaeri gambar:
EmoticonEmoticon