28 August 2012

Mencari Tablet Android Murah

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Tablet sekarang ini sedang menguasai teknologi komputer yang mana menjadi kegilaan bukan sahaja remaja, golongan eksekutif tetapi golongan kanak-kanak. Sejak bermula dengan iPad, teknologi tablet terus berkembang dengan keluaran Android. Samsung telah menjadi pengeluar Tablet yang utama sekarang ini sejak keluaran Galaxy Tab.

Tablet dari China turut bersaing dan menjadi pilihan pengguna yang inginkan tawaran lebih murah. Dengan teknologi aplikasi Android yang berbentuk "open source", produk tablet dari China berkembang lebih pesat. Tiada beza aplikasi dengan jenama yang mantap seperti samsung, HTC dan sebagainya menjadikan Tablet China turut menjadi pilihan. Sekarang ini, Tablet China telah menaiktaraf hardware dan software Android sehingga hampir setanding dengan jenama popular.

Walaupun teknologi hampir setaraf, harga Tablet China jauh lebih murah. Harga yang ditawarkan dari RM180 hingga RM500 sahaja. Bagi penggunaan anak-anak, jenama China menjadi pilihan kerana jika rosak tidak terlalu terkilan berbanding dengan Tablet yang harga beribu-ribu.

Sop juga sedang mencari Tablet untuk Azfar dan Azwar kerana telah berjanji dengan mereka. Sebelum ini, Galaxy Tab selalu menjadi habuan mereka untuk bermain game atau menonton filem. Malah, Sop juga memasang aplikasi pembelajaran untuk jegunaan anak-anak. Di Google Play terdapat banyak aplikasi berbentuk pendidikan kanak-kanak. Ia juga salah satu cara untuk memastikan Azfar dan Azwar untuk duduk diam [hahahaha]

Sekarang ini sedang memilih tablet China yang terbaik dengan tawaran termurah. Ada juga yang murah tetapi prestasi kurang memuaskan seperti prosesor rendah, RAM kecil, bateri cepat habis dan touch point sikit [kurang lancar untuk screen sentuh].

Paling kurang spesifikasi yang diperlukan ialah prosesor 1GHz, RAM 512, memori 4GB dan 4 touch point. Versi Android pula yang terkini ialah 4.0 yang mana lebih lancar berbanding 2.2.

Sop cuba meninjau dari Mudah.my dan juga Lelong.my. Harga yang ditawarkan semua lebih kurang sahaja. Kemungkinan akan cuba dapatkan di kedai. Tidak semua kedai yang menjual tablet China ini :)

Jika ada rakan-rakan yang ingin menjual dengan harga terbaik, sila-sila tinggalkan komen yer.. heheheh


EmoticonEmoticon