03 August 2012

Kotak Jerit Fibox Bermasalah

Salam sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Anda pengguna kotak jerit Fibox?
Jika ya, adakah anda tahu yang Fibox ketika ini sangat bermasalah?

Fibox problem
Printscreen dari blog rakan

Fibox pada awak kemunculan sangat hebat. Ketika itu, Sop sendiri berpendapat bakal menjadi penyedia kotak jerit yang hebat dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik. Selepas beberapa lama beroperasi, timbul kontroveri Fibox apabila memasukkan iklan URL untuk menggantikan URL yang ditinggalkan oleh kaki blogwalking. Alasan Fibox ialah untuk menampung keperluan bandwidth pengguna. Selepas komen ramai blogger, akhirnya Fibox batalkan penggunaan iklan tersebut dengan menggantikan sistem derma kepada yang ingin support Fibox.

Dalam minggu ini, Fibox kembali bermasalah. Pada awalnya sistem jerit tidak berfungsi dan loading. Beberapa kali Sop refresh, baru keluar keseluruhan paparan. Agak sukar untuk meninggalkan jejak semasa blogwalking.

Hari ini, Fibox semakin teruk! Page not available! Beberapa kali refresh masih tetap tidak keluar.

Mungkin sukar untuk maintain sistem secara percuma dengan jumlah pengguna yang tinggi. Melalui kotak jerit sahaja, agak sukar untuk mendapatkan pulangan dan membiayai keperluan hosting. Begitu juga yang terjadi kepada Shoutmix yang mana terpaksa dijadikan servis berbayar untuk menggunakan perkhidmatannya. Seharusnya webmaster telah tahu yang kesan dan kos yang perlu ditanggung untuk membina perkhidmatan percuma.

Kepada rakan-rakan yang menggunakan Fibox, adalah masa sesuai untuk menukar kepada kotak jerit yang lebih baik. Adalah sukar untuk blogwalking apabila kotak jerit tidak berfungsi. Antara kotak jerit yang bagus ketika ini ialah:


Adakah anda mengalami seperti Sop lalui "Page not available"?


EmoticonEmoticon