21 August 2012

Diari Aidilfitri 2012 - Hari pertama dan kedua

Salam Aidilfitri kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu di lebaran ini.

Baby Auni di pagi Aidilfitri
Sejarah baru tercipta Aidilfitri tahun ini dalam keluarga Sop kerana kehadiran Baby Auni bersama kami untuk beraya. Sebelum ini berdua, kemudian bertiga dan seterusnya berempat. Agak lama juga beraya berempat selepas kehadiran Azfar dan Azwar. Tahun ini, kehadiran Baby Auni terus menceriakan hidup kami. Syukur kepadaNya yang telah memberi segala-galanya yang ada pada hari ini.

Azfar dan Azwar telah siap berbaju melayu
Diari Aidilfitri tahun ini bermula dengan solat Aidilfitri. Pada perancangan Sop, ingin membawa Azfar dan Azwar untuk solat sunat Aidilfitri ke masjid. Namun perancangan tersasar yang mana pada pagi tersebut, perlu bersiap untuk ke rumah mertua bersama Baby Auni. Sampai di rumah mertua agak lewat, jadi Sop putuskan tidak membawa Azfar dan Azwar kerana Sop perlu berjalan kaki ke masjid. Jika lewat ke masjid dengan kereta pasti tidak mempunyai parking lagi. Mungkin tahun depan, Sop terpaksa merancang dengan lebih terperinci untuk membawa Azfar dan Azwar.

Lemang pembuka selera Sop, yam yam yam!
Selepas Solat Sunat Aidilfitri, kami menjamu selera di rumah mertua. Menu? Nasi himpit dan lemang menjadi hidangan kami bersama kuih raya :) Setelah kenyang, bermula aktiviti bermaaf-maafan dipagi raya. Selesai itu, aktiviti bergambar pula diteruskan.

Bergambar keluarga Sop yang semakin membesar :)
Pagi tersebut, kami tidak ke mana hanya beraya di rumah mertua. Ini kerana pada sebelah petang kami akan meneruskan perjalanan ke rumah Opah Mrs Sop di Malim Nawar, Perak.

Selepas Zohor, kami memulakan perjalanan ke Malim Nawar, Perak. Harapan kami, perjalanan pada hari raya lebih lancar kerana ramai yang telah pulang ke kampung masing-masing. Namun begitu, tekaan Sop silap kerana masuk sahaja Tol Jalan Duta, kelihatan kereta berpusu-pusu di lebuh raya.

Papan maklumat lebuhraya memaklumkan trafik adalah perlahan dibeberapa tempat. Hari raya pun, trafik masih perlahan. Rupanya kaum bukan Melayu banyak memulakan perjalanan pada hari raya. Tindakan yang bijak untuk mengelak dari kesesakkan sebelum raya. Dengan cerita, pada sebelum raya perjalanan lagi teruk!

Kami tiba di rumah opah pada jam 5.30 petang. Selepas berehat dan makan malam, aktiviti Aidilfitri diterukan dengan bermain bunga api oleh Azfar, Azwar dan sepupunya. Rumah opah yang mempunyai laman depan sangat menyelesakan untuk mereka bermain.

Malam itu, kami semua tidur awal selepas kepenatan dan kekenyangan [hehehehe]

Pada hari raya kedua, kami beraya di sekitar Malim Nawar. Pada tengah hari tersebut, kami semua kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan adalah lancar walaupun banyak kenderaan di lebuh raya. Selepas dari Tapah hingga ke Kuala Lumpur, cuaca adalah hujan sepanjang perjalanan. Kami berhenti di hentian Tapah dan juga  Ulu Bernam. Setiap hentian dipenuhi dengan pengguna lebuh raya.

Esok kami akan ke Terengganu pula untuk beraya di kampung Sop :)

Galeri gambar:


 
  









EmoticonEmoticon