18 August 2012

Blog Review: Mr. E'raz Fadli Blog

Mr. E'raz Fadli Blog
http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu.

Blog Review hari ini ialah blog dimiliki oleh E'raz Fadli. Nama yang sangat unik dan jarang ada nama tersebut. Selain nama, header blog juga sangat menarik. Kepada gadis-gadis, harap tidak cair apabila memandang header tersebut. Kalau rasa berkenan, tinggal-tinggal user FB [sengih] Jika ingin maklumat lanjut tentang E'raz Fadli, sila lawat di sini.

Pada pendapat Sop, domain yang dipilih terlalu panjang. Adalah sukar untuk mengingat dan jika hendak ditaip pasti sukar. Domain sangat penting bagi sesebuah blog.

Mr. E'raz Fadli Blog mengenai pelbagai info yang dikongsi oleh pemilik. Walaupun blog kelihatan seperti blog peribadi tetapi banyak pengaruh SEO yang digunakan iaitu penggunaan berita semasa. Oleh itu, agak sukar untuk dikategorikan. Cadangan Sop, bina identiti penulisan sama seperti identiti header [header ada identiti tersendiri]

Dari segi template, Mr. E'raz Fadli Blog boleh diperkemaskan lagi dengan buang widget yang tidak penting. Widget bloglist boleh diletak dibawah dan recent post berada di atas kerana fungsi widget recent post membantu mempromosi entry yang lain terkini.

Widget label juga boleh ditukar settingnya kerana kelihatan memenuhkan halaman sedangkan kurang memberi fungsi apabila berada dibawah seperti berikut. Jika boleh senaraikan label utama sahaja yang boleh bertindak sebagai kategori.

Tajuk agak kecil berbanding tulisan entry. Malah teks iklan yang lebih besar mengelirukan pelawat. Dari segi pengiklanan memang baik kerana kemungkinan pelawat akan klik lebih tinggi [itu yang Mr. E'raz Fadli inginkan bukan?] tetapi sangat merugikan trafik apabila pelawat datang dan terus ke iklan. Kesan dia, mungkin pelawan akan anggap blog iklan atau SPAM.

Selain itu link iklan terlalu banyak. Ada pelawat yang tidak suka dengan blog yang dipenuhi iklan.

Semoga Mr. E'raz Fadli berjaya dalam dunia blogging. Blog yang baik akan memberi pendapatan yang lumayan :)

Kepada rakan-rakan, jom terjah Mr. E'raz Fadli Blog dan nyatakan pandangan anda mengenai blognya :)


EmoticonEmoticon