Blog Review: Iela Lala Blog
http://ielai2aq.blogspot.com/ |
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sudah terjah ke semua blog yang telah review? Jika belum, sila lihat di sini. Banyak tips yang dikongsi dalam entry dan dari komen rakan-rakan :)
Blog review untuk hari ini ialah Iela Lala Blog. Blog pemilik bakal akauntan ini bercerita mengenai kisah peribadi dan sertai beberapa segmen.
Blog Iela Lala menggunakan 2 sidebar iaitu kiri dan kanan. Agak jarang blogger yang menggunakan template seperti ini. Jika ingin memasang banyak widget, template seperti ini sangat sesuai tetapi kena pastikan susunan adalah teratur. Jika silap, pasti akan mencacatkan blog :)
Cadangan untuk penambahbaikkan blog Iela Lala ialah:
1. Header - agak kurang kemas header yang digunakan. Jika tidak boleh membuat header, Iela Lala boleh mendapatkan bantuan rakan atau mengupah seseorang. Kos buat header biasanya murah sahaja :)
2. Susun atur widget - Oleh kerana terdapat sidebar kiri dan kanan, Iela Lala boleh memaksimunkan widget dan pastikan tidak menggunakan widget yang memberatkan blog. Informasi seperti pengomen tegar, popular post, boleh membantu meningkatkan jumlah pengomen dan promosi entry. Ruang sidebar yang banyak, widget sidebar boleh dimasukkan di sidebar tanpa perlu membuat shoutbox hide show widget. Mengurangkan penggunaan script boleh meringankan blog.
3. Mengurangkan perkataan singkatan - penggunaan singkatan atau bahasa ubahsuai tidak sesuai untuk SEO. Namun ia boleh menjadi menarik dengan diguna dengan baik.
Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Iela Lala dan nyatakan pandangan anda.
Jangan lupa untuk follow juga :)
Terima kasih kerana membaca entry ini :)
EmoticonEmoticon