20 August 2012

Blog Review: Blues Seorang Aku

blog Blues Seorang Aku
Blog Blues Seorang Aku

Selamat Hari Raya kepada semua rakan. Moga ceria di Aidilfitri kali ini.

Singgah ke blog Blues Seorang Aku, sejuk sahaja mata memandang. Memang sesuai untuk layan blues di blog ini. Pemilihan warna yang sesuai walapun berlatarkan warna gelap. Warna hijau dan putih tulisan menaikkan blog. Tahniah diucapkan kepada pemilik blog yang bijak memilih warna :)

Kelihatan pemilik blog Blues Seorang Aku aktif menulis. Walaupun baru bermula pada Mei tahun ini, entry telah banyak dikeluarkan. Setiap bulan lebih 20 entry dibuat, pencapaian yang baik dan teruskan tren tersebut.

Header juga menarik dan mempunyai identiti yang tersendiri :)

Beberapa cadangan untuk blog Blues Seorang Aku iaitu:

Navigasi kepada laman utama [home] Biasanya boleh klik kepada header untuk ke laman utama. Jika tiada fungsi tersebut, menu utama atau tab menu sesuai untuk digunakan. Mana tahu ada orang hendak ke laman depan, bukan?

Related post/entry - untuk promosi entry lain yang berkaitan

Sidebar boleh diseimbangkan dengan main entry. Jika dilihat sekarang, agak tidak seimbang kerana terlalu banyak widget di sidebar. Mungkin boleh guna ruangan footer untuk seimbangkan susunan widget.

Akhir kata, teruskan berblog untuk berkongsi maklumat :) Blog yang baik ialah blog yang memberi banyak maklumat kepada pembaca :)
Untuk mendapat tips-tips lain untuk berblog, sila lawat di sini.

Jom lawat blog Blues Seorang Aku sekarang!



EmoticonEmoticon