15 August 2012

Berbuka puasa di Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat
Restoran The Steamboat
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Berbuka menu apa hari ini?

Jika tidak tahu hendak makan menu apa hari ini, apa kata berbuka di Restoran The Steamboat. Sop pertama  kali mencuba berbuka di The Steamboat yang terletak di Ikano Power Centrer Damansara. Sebelum ini apabila ke IKEA Malaysia, memang selalu lalu tetapi tidak pernah singgah. Sebab kalau hendak makan steamboat, Sop akan ke Restoran Johnny's.

Pertama kali mencuba, pasti teruja untuk merasai sendiri bukan?
Menu yang ditawarkan perlbagai jenis juga. Bukan sahaja makanan laut yang disediakan tetapi daging juga seperti ayam, daging dan kambing.

Mula-mula melihat menu, tidak tahu juga hendak pilih apa. Akhirnya kami memilih menu untuk 2 orang. Boleh sedikit penjimatan [rasanya lah]

Untuk berbuka puasa, mesti booking awal kerana jika tidak pasti tiada ruang lagi untuk berbuka. Selepas memilih menu, deposit dibayar dan kami meronda-ronda dahulu.

Bekas Sop di Restoran The Steamboat disediakan mengikut jumlah menu yang diambil. Jika set berdua, maka 2 bekas sup yang akan disediakan. Kami memilih sup ayam dan sup tom yam. Boleh merasa kedua-dua jenis sup.

Semasa hendak berbuka, semua makanan direndam. Azfar dan Azwar turut teruja untuk merendam makanan ke dalam sup. Macam mereka pula hendak makan! Hehehe

Sedap atau tidak makanan si Restoran The Steamboat?
Mestilah sedap kerana makanan steamboat semua lebih kurang sama. Yang membezakan adalah sup yang disediakan. Untuk sup ayam sangat sedap tetapi untuk sup tom yam kurang sedikit kesepadannya. Mungkin sup tom yam tidak sesuai untuk steambot :)

Semasa bahan steamboat dihantar, kelihatan sedikit sahaja bahan tersebut. Cukup kah untuk 2 orang makan? Kenyang atau tidak?
Selepas makan, baru tahu rupanya sudah cukup banyak hidangan tersebut. Mungkin masa berpuasa, nafsu makan terlebih tetapi apabila berbuka, makan sedikit pun sudah kenyang. Hehehehe

Bagi yang ingin mencuba menu di Restoran The Steamboat, pilih sup ayam sahaja. Bahan untuk set steamboat anda boleh pilih mengikut citarasa. Harga untuk set-set steamboat di Restoran The Steamboat juga adalah berpatutan.

Galeri gambar:

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat
  
Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat

Restoran The Steamboat


EmoticonEmoticon