Berbuka puasa di Restoran IKEA Malaysia
Selamat sejahtera dan Salam Ramadhan.
Berbuka di mana hari ini? Akhir-akhir Ramadhan, pasti kurang selera hendak berbuka di rumah bukan? Oleh sebab itu, restoran-restoran sentiasa penuh sahaja dengan tempahan berbuka puasa.
Semalam Sop berbuka di Restoran IKEA Malaysia. Pada asalnya ingin mengambil Bufet Istimewa IKEA untuk berbuka tetapi bertukar fikiran apabila anak-anak sibuk hendak bermain dan menonton TV yang terdapat di tengah restoran. Boleh lah Sop makan dengan tenang jika Azfar dan Azwar leka menonton di situ.
Bufet Istimewa IKEA |
Sop sampai di IKEA Malaysia jam 5.30 dan terus mendapatkan meja. Nasib baik Sop ambil meja cepat kerana pada jam 6.30 petang, semua meja restoran telah penuh dengan pelanggan. Jam 6.30 petang juga Mrs Sop mula beratur untuk membeli makanan berbuka. Jika lewat, pasti beratur panjang. Cuma makanan sedikit sejuk sebab lama lagi menanti masa berbuka. Tidak apalah, janji tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan makan.
Kos untuk beli biasa dengan Bufet Istimewa IKEA lebih kurang sahaja. Jika diikutkan nafsu, semua hendak beli tetapi tengok kemampuan perut. Itu pun menu yang kami beli masih tidak kehabisan. Mrs Sop terpaksa ke IKEA beli bekas untuk bungkus makanan yang tidak habis. Boleh buat makan malam dan sahur pula bukan? Hehehe
Kepada yang hendak berbuka di Restoran IKEA Malaysia, pastikan anda datang awal dan book meja terlebih dahulu. Datang hari bekerja kerana jumlah pengunjung lebih sedikit berbanding hari minggu. Selepas menjamah sedikit makanan, terus ke surau kerana untuk mengelak kesesakan ruang solat. Jika tidak mempunyai meja [terlewat], datang makan selepas habis berbuka kerana selepas itu, Restoran IKEA kurang sedikit pengunjung :)
Galeri gambar:
Teringin nak berbuka di ikea..
ReplyDeleteLapar meatball dye bulan puasa ni 😔
Harap husband setuju nak berbuka di ikea 😁