Auni sudah pandai pegang dan masuk mulut
Selamat sejahtera kepada semua rakan :)
Perkembangan Baby Auni yang menghampiri 4 bulan yang mana semakin pandai memegang dan masuk mulut. Jika sebelum ini Baby Auni agak takut untuk memegang barang asing. Hanya jejari yang sering dimasukan ke dalam mulut.
Sekarang ini Baby Auni sudah berani mengambil barang yang diberikan. Jika ada benda dihadapannya akan mula diambil. Jika dapat sahaja terus dimasukan kedalam mulut! Jika tiada barang lain, baju sendiri pun dicarinya :)
Selepas ini jika berada di meja, pastikan barang berada jauh dari Baby Auni kerana tangan sudah pandai dihulur untuk mengambil barang. :)
Baby Auni juga telah pandai meniarap dan terlentang kembali. Sebelum ini update Baby Auni hanya pandai meniarap tetapi tidak pandai untuk terlentang kembali. Harap selepas ini akan pandai mengelunsur pula. Boleh jadi askar :)
EmoticonEmoticon