Sakit lidah lah pulak
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah sakit lidah?
Sop selalu juga sakit apabila terdapat lidah yang pecah atau juga dikenali dengan ulser.
Tidak pasti kenapa puncanya, tiba-tiba sahaja sakit. Mungkin badan panas kerana makan durian? Atau juga kurang minum air?
Apabila sakit lidah, makan lah tidak selera kerana terasa sakit dan kurang selesa.
Teringat dulu semasa Azfar dan Azwar sakit lidah, langsung tidak boleh makan dan minum. Sop terpaksa membawa Azfar dan Azwar berjumpa doktor. Jika dewasa seperti Sop tiada masalah sangat, sakit boleh lagi tahan. Paling tidak, kurang selera makan sahaja. Bila sudah tidak tahan sangat, Sop berkumur dengan air garam sahaja :) Pedih memang pedih tetapi lega selepas itu.
Sop juga makan asam untuk mengurangkan rasa sakit.
Baru sedikit nikmat makan diambil sudah rasa tidak selesa bukan?
Pengajarannya, makan beringat-beringat. Tiba-tiba sahaja kenikmatan dunia boleh ditarik balik. Semoga kita sentiasa dilindungiNya, amin.
Gambar mulut jer yer, nak post gambar lidah nanti nampak macam lucah pula :)
EmoticonEmoticon