Refleksi Ramadhan - Hari Ketiga
Salam Ramadhan kepada semua rakan yang beragama Islam. Semoga puasa hari ini lebih baik dari semalam.
Sedikit kemaskini refleksi Ramadhan Sop untuk hari ketiga. Tiada yang menarik untuk dikongsi dengan rakan. Perjalanan puasa seperti biasa cuma agak mengantuk apabila hari pertama bekerja dalam puasa tahun ini. Keadaan amat kritikal mengantuk semasa jam 12 hingga jam 2 petang. Semasa menunggu solat Zuhur tadi, seperti ada batu yang sedang melekat pada mata. Aduihai... cubaan :)
Hari ini Sop berbuka di rumah mertua. Semasa mengambil anak-anak, mak mertua ajak berbuka sekali. Petang tadi, hanya Mrs Sop yang ke pasar Ramadhan Setapak Jaya yang terletak di sebelah rumah mertua Sop. Sop malas sangat hendak ke pasar Ramadhan kerana tidak tahu hendak beli apa apabila melihat juadah yang dijual begitu banyak! [heheheh]
Selepas Solat Magrib, Sop bergegas balik ke rumah untuk menunaikan solat Isyak dan terawih di surau bawah rumah Sop. Perlu balik mandi dan bersiap, pasti kelam kabut sedikit :)
Kesan mengantuk tengah hari tadi masih ada semasa terawih. Mata rasa berat sahaja ditambah dengan bacaan ayat Al Quran yang mendayu-dayu. Lagi pun, hari ini tidak perkena Nescafe yang mana boleh menyegarkan Sop. Balik dari solat terawih, terus baring sekejab dan lena. Lebih kurang 1 jam tidur, sekarang bangun untuk membuat entry [hehehehe] Bancuh Nescafe secawan, kini Sop lebih segar untuk meneruskan aktiviti sebagai blogger :)
Pertanyaan dari Lana di kotak jerit:
Lana: Salam abgsop.. singgah kejap jep ni ^_^ selamat malam ya..anak2 posa ke? hehe ^_^
Azfar masa pertama kali sahur |
Hari ini tidak lagi meminta beliau mencuba untuk berpuasa. Lagipun hari bersekolah, takut jika kejutkan awal untuk bersahur, mengantuk pula beliau semasa di sekolah. Mungkin boleh mencuba pada hari cuti sahaja. Umur 6 tahun pasti sukar untuk Azfar berpuasa bukan?
Itu sahaja kemaskini Refleksi Ramadhan untuk hari ini. Anda bagaimana pula?
Tidak mengantuk semasa bekerja tadi? Hehehehe
EmoticonEmoticon