12 July 2012

Pengalaman pengguna Galaxy S3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Galaxy S3 menjadi idaman peminat gajet kerana dikatakan mempunyai kuasa terbaik setakat ini. Iklan-iklan sentiasa tersiar di TV, akhbar, web dan blog pasti membakar keinginan pengguna untuk memiliki gajet hebat ini.

Sop sendiri tergila-gilakan Galaxy S3 semasa pelancarannya. Apabila melihat review dari Youtube tentang ciri-cirinya, lagi bertambah tergoda :)

Apa hebat sangat Galaxy S3 ini?
Jika ditanya Sop, jawapannya pasti banyak yang best :) Lagi-lagi jika dibandingkan dengan telefon biasa. Jika dibandingkan dengan Galaxy Note atau Galaxy Tab, tiada jauh sangat perbezaannya. Galaxy Note sendiri telah rasminya diupdate dengan Android ICS.

Antara yang Sop suka dengan Galaxy S3 ini ialah S Voice yang mana boleh membuat arahan aplikasi, unlock screen dan sebagainya.

Keduanya ialah dari segi kelajuan dan kelancaran Galaxy S3. Sop cukup suka apabila menggunakannya yang lancar tanpa sebarang masalah.

Fungsi motion yang ada juga sangat menarik. Dengan fungsi motion, urusan menggerakkan icon, pembesaran, boleh dilakukan dengan pergerakan.

Dalam iklan, S Beam antara ciri yang terhebat pada Galaxy S3 namun Sop tidak kesempatan  mencubanya lagi. Mrs Sop pengguna Galaxy Note pulak :)

Secara keseluruhan, adalah berbaloi menggunakan Galaxy S3. Oleh kerana tidak banyak perbezaan dengan Galaxy Note, harga tidak begitu berbeza. Bagi yang inginkan paparan lebih besar, Galaxy Note lebih sesuai :)

Siapa yang teringin itu, bolehlah dapatkan segera. Tetapi jika anda pengguna Galaxy Note, tak perlu tukar pun tak apa. Huhuhu





EmoticonEmoticon