Pelan data sudah limit 1G - Baru 7 haribulan
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)
Sumber gambar |
Kebiasaan pada pertengahan atau akhir bulan, limit data akan kehabisan untuk 1G. Namun Sop tidak perlu risau kerana pakej unlimited oleh U Mobile membenarkan Sop terus menggunakan internet tanpa bayaran tambahan kecuali kelajuan data internet dikurangkan.
Pada bulan lepas, jumlah data yang Sop gunakan hampir 5GB! Berbaloi-baloi bukan? Dengan pakej 1G sahaja tetapi penggunakan hampir 5G. Bagaimana boleh begitu banyak?
Sejak menggunakan pelan data internet, Sop tidak lagi melanggan broadband. Ini kerana Sop menggunakan sepenuhnya pelan data sebagai broadband iaitu menjadikan telefon sebagai wireless modem. Apabila menggunakan sambungan internet melalui komputer, tahap lebih laju berbanding dengan handphone.
Sop suka surf internet pada waktu tengah malam dan awal pagi kerana ketika itu, servis sangat laju.
Bulan ini, penggunakan internet Sop sangat banyak kerana selepas pertukaran domain, banyak kerja-kerja perlu dilakukan terutama mempromosikan domain baru. Blogwalking dilakukan dengan lebih aktif, entry kerap dikeluarkan dan banyak mencari info-info tentang menaikkan kembali trafik.
Beberapa hari lepas, Sop sangat suka kerana boleh blogwaking dengan laju-laju. Ketika itu, pelan data telah refresh penggunaan pada awal bulan. Tidak sangka pula, baru semingga limit 1G yang diberikan telah habis! Sekarang ini, kenalah tunggu lata limit di refresh balik :)
Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Nota kaki: Ini bukan entry pengiklanan, hanya berkongsi tentang internet Sop :)
EmoticonEmoticon