Keperluan kad nama (name card) kepada blogger
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria dan sihat selalu :)
Design name card Sop yang macam kad pelajar :) |
Hajat untuk membuat kad nama /name card sebagai blogger agak lama wujud tetapi masih belum kesempatan untuk menempahnya. Ada juga membuat carian melalui Google tentang pembekal kad nama tetapi tidak tahu hendak pilih yang mana. Bukan apa, tidak semua pembekal kad nama yang bagus bukan?
Lagi pun, Sop tidak tahu lagi bagaimana hendak design kad nama tersebut. Jika ada pembekal kad nama yang boleh membuat design sekali dengan perkhidmatan mencetak lagi bagus bukan?
Penting sangat kad nama /name card ini Sop?
Sekarang ini, blogger telah dikenali dalam dunia penulisan dan tergolong sebagai media. Jika terdapat acara-acara, blogger tidak ketinggalan dijemput sebagai wakil media. Pengaruh blogger sangat tinggi sekarang ini dan mampu memberi publisiti yang baik dalam dunia pengiklanan.
Dengan adanya kad nama, blogger boleh memperkenalkan diri dengan mudah. Contoh untuk perkenalkan blog, jika link susah hendak disebut, boleh rujuk kepada kad nama. Kenapa usahawan sentiasa memberikan kad kepada pelanggan?
Kad nama boleh dijadikan promosi offline yang baik. Kita biasa hanya pentingkan backlink online tetapi terlupa tentang pentingnya backlink offline. Dengan adanya kad nama, mereka yang memiliki kad nama sekurang-kurangnya boleh menjenguk blog kita.
Untuk menjadi blogger lebih profesional, kad nama memberi tanggapan yang baik kepada blogger. Blogger boleh memperkenalkan diri dengan lebih yakin.
Maklumat blogger seperti emel, nombor telefon, blog dan lain-lain memudahkan rakan atau juga pengiklan menghubungi blogger. Mungkin suatu hari, perkhidmatan kita diperlukan dan masa tersebut kad nama akan dicari.
Apa ciri kad nama /name card yang baik?
- Paling utama setiap kad nama ialah maklumat blogger seperti nama, URL blog, emel dan nombor telefon. Ini tujuan utama kad nama bukan?
- Kad nama yang unik dan menarik memberi kesan promosi yang baik.
- Kad nama perlu jelas, ringkas dan padat.
- Ada slogan atau keyword blog
Bagi yang ingin ke arah blogger tegar atau profesional, kad nama/name card boleh dimasukkan dalam senarai untuk dibuat :)
Ada cadangan pembekal kad nama/name card yang baik dengan harga berpatutan?
Kalau ada yang hendak menaja untuk Sop lagi bagus, kan? Hehehe
EmoticonEmoticon