27 July 2012

Kenapa tidak guna blog lama?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Terima kasih kerana singgah ke blog sop.name.my :)

KucenMaster: nape x guna blog lame sop?

Pertanyaan oleh KucenMaster tersebut yang ditinggalkan pada shoutbox.
Jika rakan-rakan yang telah mengikuti blog Sop dari gnesop.com pasti tahu kenapa Sop bertukar domain.

Langkah yang berat apabila bertukar domain [walaupun hanya tukar domain tanpa menukar blogspot]. Kesan utama yang terasa ialah trafik! Bilangan pelawat terus menjunam kerana banyak 'juice backlink' telah hilang. Oleh kerana Sop menggunakan blogspot sebagai platform blog, fungsi domain foward tidak dapat dilakukan. Daripada trafik 500 - 800 UV sehari terus jatuh kepada 100 - 200UV sehari [rumusan trafik terkini]. Banyak rugi kan?

Selain trafik, backlink yang terbina selama 5 tahun juga hilang begitu sahaja. Backlink sangat penting untuk SEO dan ia bukan boleh dibina dengan masa yang singkat. Ada yang perlu dilakukan melalui menghantar ke directory, ada yang secara sendiri melalui backlink entry. Oleh sebab itu, domain gnesop.com masih melekat dengan PR2 :)

Bila dah tukar tu, menyesal memang ada sebab banyak kesannya. Tetapi semua itu telah difikir panjang sebelum dibuat penukaran.

Sekarang ini seperti blog baru yang terpaksa bermula dari awal kembali. Ada rakan-rakan yang sudah menukar blog list selepas tahu Sop menukar domain. Terima kasih kepada semua rakan yang support.

Bagi yang hendak tukar domain dari blogspot kepada .com tiada masalah, kes Sop ini dari domain .com kepada .com yer :)


EmoticonEmoticon