13 July 2012

Jimat air semasa berwuduk

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga dirahmati selalu :)

Air adalah sumber terpenting manusia. Di Malaysia kita sangat beruntung kerana limpahan air setiap tahun tanpa masalah. Hanya ada ketikanya dimusim kemarau, kawasan Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air. Jika dibandingkan dengan negara lain yang mengalami masalah lebih teruk, kita harus bersyukur dengan rahmat sekarang.

Sekarang ini rata-rata tidak menggunakan kolah lagi sama ada di rumah atau masjid. Semua menggunakan paip pili sahaja. Jarang sekarang ini masjid atau surau yang menyediakan kolah untuk mengambil wuduk.

Bagaimana hendak berjimat semasa berwuduk?

Biasa Sop buat ialah pastikan air dibuka dengan perlahan. Baru hari ini Sop terserempak dengan cara yang tidak pernah Sop buat selama ini.

Tadi semasa mengambil wuduk untuk solat Jumaat di ISTEC, terpandang seorang warga asing mengambil wuduk. Baru Sop tahu cara yang paling jimat. Beliau akan buka apabila hendak guna dan tutup semasa guna. Semasa mengambil wuduk, akan berlaku tutup buka tutup buka air paip tersebut. Selama ini Sop hanya buka sahaja sehingga habis mengambil wuduk.

Apabila tengok kaedah tersebut, Sop cuba apply tetapi tidak berjaya. Perkara tersebut masih baru dan berbeza dengan amalan biasa Sop. Nampak macam ringkas, tetapi beri impak yang besar. Semasa mengambil wuduk, air terbiar begitu sahaja tanpa digunakan.

Jom sama-sama kita amalan penjimatan tersebut.



EmoticonEmoticon