16 July 2012

IKEA FAMILY - Sop sudah menjadi ahli

Selamat sejahtera kepada semua rakan :)

Sop dah jadi ahli IKEA FAMILY

Sudah menjadi ahli IKEA FAMILY?
Jika belum, bolehlah ke IKEA untuk mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY. Sop baru sahaja mendaftar sebagai ahli semalam semasa melihat jualan murah IKEA bulan Julai 2012. Memang banyak barang yang mendapat potongan harga. Menang masa yang sesuai untuk membeli belah!

Sale Julai 2012

Apa kelebihan menjadi ahli IKEA FAMILY?
Kelebihan menjadi IKEA FAMILY adalah seperti berikut:

  • Keahlian PERCUMA seumur hidup
  • Mendapat 'bonus point' dengan pembelian
  • Mendapat 3X 'bonus point' pada hari jadi anda
  • Mendapat harga istimewa (barangan tertentu) khas untuk keahlian IKEA FAMILY
  • Minuman PERCUMA dan potongan harga hidangan FAMILY meal
  • Jemputan acara khas untuk ahli
  • Mendapat maklumat terkini tentang IKEA
Maklumat lanjut tentang IKEA FAMILY, sila lawat http://family.ikea.com.my/en/index.asp

Pendaftaran untuk menjadi ahli IKEA FAMILY sungguh mudah. Hanya singgah di KIOS IKEA FAMILY dan isi maklumat permohonan. Permohonan hanya boleh dibuat di KIOS IKEA kerana selepas pendaftaran, anda terus mendapat cetakan kad sementara IKEA FAMILY. Kad sementera tersebut terus boleh digunakan untuk mendapat kelebihan ahli IKEA FAMILY.

Pastikan anda membawa telefon bimbit semasa mendaftar IKEA FAMILY kerana semasa mendaftar, kod varifikasi akan dihantar kepada telefon anda sebelum boleh meneruskan pendaftaran. Pendaftaran hanya memakan masa beberapa minit sahaja iaitu pemohon perlu mengisi butir-butir peribadi sahaja.

Banyak KIOS IKEA FAMILY ada

Pada asalnya Sop menunggu giliran di ruang depan IKEA tetapi apabila membaca notis makluman, rupanya banyak lagi KIOS IKEA FAMILY yang disediakan. Oleh itu, jika di ruang utama terdapat ramai yang mendaftar, anda boleh menggunakan KIOS IKEA FAMILY yang lain.

Selepas mendaftar sebagai ahli, warga IKEA FAMILY terus mendapat kelebihan sama seperti ahli lain. Tidak perlu menunggu kad keahlian sebenar untuk mendapat keistimewaan sebagai ahli. Semasa makan di IKEA Restoran, Sop terus menggunakan kad IKEA FAMILY tersebut iaitu layak menerima 2 minuman percuma :)


KIOS IKEA FAMILY
  
  
Leretkan kad IKEA FAMILY untuk minuman percuma

Menjadi ahli IKEA FAMILY secara rasmi


Kad IKEA FAMILY sementara




EmoticonEmoticon