18 July 2012

Hadiah cabutan bertuah Jun 2012 dihantar

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Masih ingat dengan Cabutan Bertuah Jun - Bed Tray Nordby IKEA?


Sop mohon maaf sangat dengan pemenang iaitu Syuhada kerana terlewat untuk menghantar hadiah tersebut. Pengumunan telah dibuat pada awal bulan tetapi sehingga pertengahan bulan masih belum dapat pos hadiah tersebut. Ini kerana awal bulan sehingga sekarang, Sop agak sibuk dengan tugasan sehingga tidak kesempatan untuk ke pejabat pos. Jika hadiah kecil, boleh juga bawa dulu tetapi apabila hadiah besar, mesti agak sukar. Perlu waktu yang cukup untuk bawa dan pos.

Sop telah menghubungi secara personal dengan pemenang untuk mengelak dari sangkaan negatif. Mana tahu Syuhada ingat Sop tipu kerana tidak mahu bagi hadiah? Dua kali Sop menghantar emel memaklumkan hadiah belum dapat di pos.

Hari ini, Sop cuba sedaya upaya untuk menghantar hadiah Bed Tray Nordby IKEA kerana telah berjanji dengan Syuhada untuk selesaikannya minggu ini :)

Terima kasih kepada Syuhada atas kesabaran :)





EmoticonEmoticon