01 July 2012

CoolBlog dah bertangkai lah

Selamat sejahtera semua rakan.

Bagi yang tidak pasti, CoolBlog ialah minuman yer, bukan blog catatan internet. Ada yang tidak tahu ke? Sajer test market :)

Agak lama juga tidak minum CoolBlog ini sebab Sop kurang minuman berais. Jika minum, Sop mudah mendapat sakit tekak :) Tekak kurang biasa dengan minuman berais kecuali jika cuaca panas terik.

Semalam semasa membeli CoolBlog, baru tahu kini ia mempunyai plastik pemegang. Inovasi yang baik oleh pihak CoolBlog yang mana memudahkan pelanggan. Jika ada pemegang ini, bukan sahaja boleh elak pegang bekas yang sejuk, mudah dibawa tetapi juga membolehkan bekas CoolBlog dipegang secara banyak. Mana tadi ada kawan kirim banyak-banyak? Huhuhu

Anda perasaan dengan pemegang baru tersebut?


EmoticonEmoticon