25 July 2012

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam
Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. - BERNAMA

Berita gembira buat penjawat awam apabila mendapat pengumuman ini. Boleh menanpung keperluan raya nanti. Musim perayaan memerlukan banyak duit walaupun sambutan dalam kesederhanaan. Macam Sop, kos untuk balik kampung pun sudah makan belanja yang banyak.

Semoga dengan Bonus setengah bulan gaji ini, bolehlah meringankan perbelanjaan perayaan nanti.


EmoticonEmoticon