26 July 2012

Blog Review - Ringantangan.com

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

ringantangan.com
Blog Ringantangan.com

Pernah singgah ke blog ringantangan.com?
Jika pernah, pasti tahu tentang blog kepunyaan Saudara Amirul Faiz ini. Sop pun baru sahaja mengenali Amirul Faiz ini sejak beliau mula tinggalkan komen di blog Sop. Semasa menggunakan domain gnesop.com, tidak pernah mendapat komen dari Amirul lagi. Mungkin beliau belum pernah singgah ke blog Sop masa itu.

Sop membuat review blog Ringantangan.com kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Pertamanya kerana beliau menggunakan Joomla sebagai platform blog. Biasa Joomla digunakan sebagai portal kerana itu kelebihan Joomla. Agak unik apabila platform Joomla digunakan kerana berbeza dengan Wordpress atau Blogspot.

Pakaikan baju Naufal
Sumber gambar [enrty]

Keduanya banyak entry yang berkaitan dengan ringan tangan. Ringan tangan yang dimaksudkan sering membantu urusan keluarga termasuk menjaga anak kesayangan beliau Naufal. Bukan ringan tangan yang lain yer [suka menampar pun ringan tangan kan? Hehehe] Bila lihat gambar di atas, terserlah bakat seorang bapa misali bukan? Sop sendiri pun biasa membantu aktiviti memandikan anak-anak. Bila lagi hendak bermesra dengan anak-anak bukan?

Kepada rakan-rakan yang belum pernah ke blog Ringantangan.com, jom terjah blog beliau sekarang. Sop percaya anda pasti teruja :)


EmoticonEmoticon