31 July 2012

Berbuka dengan nasi satu kemestian

Salam Ramadhan dan selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa menu berbuka hari ini?
Sop pasti penuh satu meja walaupun asalnya sedikit sahaja makanan yang dibeli atau dibuat.

Sejak kecil Sop biasa dengan berbuka dengan menu nasi terus. Selepas makan kurma, minum terus makan nasi ') Simple bukan?

Kuih muih memang Sop kurang berminat tetapi makan juga kalau ada. Biasa akan makan kuih muih selepas solat terawih. Itu pun kalau ada lagi :)

Ada setengah orang suka makan kuih sahaja dahulu. Selepas solat Magrib baru mula makan nasi. Perkara biasa yang dilakukan di surau atau masjid, bukan?

Tidak kira macam mana anda berbuka yang penting jangan lupa baca doa sebelum makan. Makan secara sihat dan jangan berlebih-lebihan. Nanti tidak larat untuk solat terawih di masjid atau surau pula :)

Apa cara anda berbuka pula?




EmoticonEmoticon