23 July 2012

Baby Auni pandai meniarap

Salam Ramadhan dan selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kemaskini perkembangan Baby Auni yang mana beliau telah boleh meniarap. Yey!
Baru beberapa hari sahaja Baby Auni pandai meniarap. Perkembangan yang tidak disangka-sangka, macam awal pula Baby Auni pandai meniarap.

Sebelum ini telah ada tanda-tanda beliau cuba meniarap yang mana kepala telah boleh pusing ke kiri dan ke kanan. Kemudian, Baby Auni mula mengangkat kaki ke sisi. Dua hari lepas, Baby Auni telah berjaya meniarap tanpa bantuan. Sekarang ini, bila letak atas lantai atau katil pasti dia akan meniarap.

Selepas meniarap beberapa ketika, Baby Auni akan menangis kerana tidak boleh pusing kembali. Mungkin juga kerana penat.. :)

Selepas ini, harap Baby Auni boleh meniarap dan mengelunsur pula. Selepas boleh mengelunsur, perhatian perlu lebih lah pula kerana boleh bergerak merata-rata nanti.

Untuk melihat perkembangan bayi dari 0 hingga 24 bulan, sila rujuk Carta Perkembangan Bayi 0 - 24 bulan oleh laman Ratu Hati.

Galeri gambar:

Baby Auni Meniarap

Baby Auni Meniarap

Baby Auni Meniarap

Baby Auni Meniarap

Baby Auni Meniarap

Baby Auni Meniarap

Baby Auni Meniarap


EmoticonEmoticon