Baby Auni pakai baju kurung
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu bersama keluarga tercinta :)
Baju kurung jika dipakai pasti nampak ayu oleh pemakainya. Bukan sahaja kaum Melayu tetapi jika bangsa lain memakainya pasti nampak cantik. Biasa lihat bangsa lain memakai baju kurung?
Baby Auni pertama kali memakai baju kurung, kami sekelurga sangat teruja untuk melihatnya! Baju kurung telah dihadiakan oleh rakan Mrs Sop kepada Baby Auni. Pada asalnya hendak simpan untuk raya nanti tetapi bertukar fikiran apabila hendak ke kenduri perkahwinan jiran Sop.
Kami memang tidak banyak beli baju untuk berjalan untuk Baby Auni. Baju yang dihadiahkan oleh saudara mara dan rakan-rakan pun masih banyak. Berdasarkan pengalaman lepas, baju-baju baby tidak berbaloi untuk dibeli banyak kerana pembesaran bayi sangat cepat. Baju biasanya hanya boleh dipakai beberapa bulan dan akhirnya tidak lagi muat. Contoh sekarang, baju bayi Baby Auni kebanyakkan sudah ketat walaupun saiz baju untuk 0 - 3 bulan. Sekarang terpaksa pakai baju 3 - 6 bulan pula sedangkan Baby Auni baru hendak berusia 3 bulan. Cepat bayi membesar bukan?
Sungguh comel Baby Auni memakai baju kurung! Seperti tidak sabar untuk melihat baby Auni berjalan kerana pasti lebih comel :)
Baju kurung bayi tersebut pernah kami melihat di boot-boot jualan Jusco. Malah, dalam pasaraya Jusco sendiri ada menjualnya. Kain baju kurung tersebut menggunakan kain cotton yang memastikan bayi tidak panas semasa memakainya.
Namun, butang pada baju kurung bayi tersebut kurang sesuai kerana terlalu besar. Apabila dukung Baby Auni, Sop risau jika butang tersebut terkena pada leher Baby Auni. Walaupun cantik tetapi keselamatan perlu diutamakan. Jika Baby Auni boleh berjalan, rasanya tiada masalah butang tersebut.
Jika anda rasa Baby Auni sesuai pakai baju kurung, silalah tekan butang LIKE di atas sebelah kanan yer, terima kasih. [Hehehehe]
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon